Monday, September 8, 2008

Dugaan Hebat Lagi


Ala kasihannya anak mama ni..

Astaqfirullah........hanya itu ayat yang mampu aku keluarkannnnn......hati terlalu sayu dan pilu setelah sekian lama, dugaan hebat itu datang lagi. Hakim..kena 'fits' lagi. Tapi mujurlah kali ini tidak seteruk dia ketika berusia setahun setengah lalu sehingga ditempatkan di ICU, namun sebolehnya tak nak ianya seranglagi kerana kemungkinan akan membahayakan nyawa serta otak dan sarafnya. Kini setelah umur dia 3 thn ia datang lagi. Dalam jam 12 t.hari dia dah mula demam, tapi aku pantau sepenenuhnya selepas berbuka aku dan mak terus membawa dia ke sebuah Poliklinik yang berhampiran.



Ahad kebanyakan klinik tutup, dan klinik penal yang selalu pergi pun kebetulan tutup pula hari ni, mungkin bulan puasa ianya ditutup awal. Setelah sampai di klinik tersebut doktor telah memasukkan ubat ke duburnya, kerana panas Hakim ketika itu mencecah 39'c. Dalam perjalanan pulang setiba di satu hentian traffic tiba-tiba Hakim kaku dan menggigil di atas ribaan tokmak dia, aku apalagi pecut semahunya...dah panic tak tahu nk kemana..nk kerumah jauh lagi ..nak ke poliklinik pun sama......so aku pusing ke sebuah Pasaraya Mini yang berdekatan, kebetulan aku selalu membeli barang-barang di situ dan pernah ternampak paip air yang digunakan oleh pekerja di Pasaraya tersebut, tanpa meminta kebenaran, henti sahaja kereta aku terus memapahnya ke paip tersebut. rupanya paip tersebut ditutup aku menjerit-jerit minta tolong..tolong..tolong bagi air......terus pekerja di situ membukakan paip tersebut dan mencurahkan air ke seluruh badan kepala dan membuka semua baju Hakim. Mulutku tidak pernah putus menyebut...hakim..bangun sayang...hakim..bangun sayang...air mata sudah mencurah-curah tidak dapat dibendunglagi....Dalam tempoh 5 minit hakim masih jugak tidak sedarkan diri..aku dah menjerit lagi..tolong...tolong panggilan ambulance..namun tiada siapa pun yang berbuat demikian...sedangkan kami dikelilingi mereka yang mengunjungi pasaraya tersebut. MIL(mother in law) minta tolong..tolong bawa ke klinik berhampiran pun tak mengapalah...aku dan MIL dah panic...tak boleh dah nk drive..aku lagilah..seluruh badan rasa menggigil-gigil.....aku memang panic dan fobia sangat kalau hakim diserang 'fits' ni. alhamdulillah, dalam ramai2 tu mujur ada seorang pakcik tu..tolong bawa ke Poliklinic semula. Aku dah tak terdaya lagi...pakcik tu lah yang memapah Hakim terus ke bilik doktor di klinik tersebut. Tiba di sana doktor memasukkan ubat lagi ke dubur dia..dan jururawat di situ terus membasuh2kan badan dia..aku dah takboleh buat apa-apa lagi. Alhamdulillah..tak lama selepas tu, hakim mula sedarkan diri cuma mata dia masih memandang ke atas, dan mula perlahan-lahan menggerakkan mata dan seluruh anggota badan dia...tangan dia masih kaku..rupanya dia kesejukan akibat simbahan air yang banyak tadi.

Selepas tu, kami pun pulang ke rumah dan menghantar semula Pakcik yang menolong tadi. Terima kasih Pakcik Kamal kerana telah membantu kami, kalau Pakcik tu tak tolong tak tahulah apa akan jadi. Apa yang dikesalkan ialah, itulah Masyarakat kita..mana diletaknya sikap tolong menolong, berbudi bahasa dan sebagainya yang dipuji2 pelancong luar selama ini. Aku hanya mampu mendengar rintihan mereka' kasihan..kasihan..kasihan'...tapi tiada pun siapa yang datang hulurkan bantuan, sehinggalah Pakcik Kamal menawarkan dirinya. Sesungguhnya, mungkin mereka hanya kaku dan tidak mampu berbuat apa2 kerana perkara itu tidak terjadi terhadap diri dan keluarga mereka. Tapi bagaimanakah sekiranya perkara itu terjadi kepada mereka. Mungkin keluhan yang sama akan dikeluarkan.


Alhamdulillah, pagi tadi Hakim kembali aktif, cuma perlu makan ubat antibiotik terutamanya sampai habis. Hakim, mama sentiasa mendoakan yang terbaik dan memberi kesihatan yang baik untuk anak mama tersayang ni. Ya Allah, berilah aku kekuatan dalam menempuhi ujianMu ini. Sesungguhnya aku tidak terdaya menangungnya sendirian. Kurniakanlah rezeki kami di sini, agar dapat suamiku pulang ke tanah air dan bersama-sama menghadapi setiap dugaan dan ujianmu ini. Sesungguhnya apa jua ketentuanmu aku Redha.



Ni pic sehari selepas 'fit's



7 comments:

fyz@ said...

has..tersentuhnya aku baca pasal anak ko. hati ibu mana tak sedih kalau anak jadi camtu kan..hampir meleleh juga air mata aku nie has..aku memang tewas pada benda2 sensitif macam nie..mudah2an Allah beri kekuatan pada ko dan pada ibu2 yang menghadapi situasi yang sama..AMIN

puan.cokolat said...

alhamdulillah semua dah selamat... saya berdoa Allah akan sentiasa melindungi Hakim dan memberinya kesihatan yang bail..amin.
kuatkan semangat ya!

HasneY said...

fyza- thank so much..aku pun tak sangka benda mcm ni akan berlaku lagi..hidupku fobia sgt..bila benda ni jadi..kalau tiap2 anak aku demam aku mesti fobia..rasa nak menjerit jerk...takut sangattt

HasneY said...

puan.cokolat- thanks so much. So far Alhamdulillah..mudahan hakim diberi kesihatan yang baik dan berterusan. Terima kasih di atas curahan doa yang diberikan. Amin..

Y@ZeD@ said...

kak, sory 2 hear bout hakim.. siann yer dia..

tk patut betul ler org2 sekeliling tuhh, sesama melayu pn tknak tolong.. tp betul la kak, bila McDa dh dok berjauhan nihh, atleast sesama bangsa kita nihh kan apa la salahnyer walau tk kenal bertegur sape, nihh kita jer yg ye2 senyum, nk harap balasan haremmmmm...nk kasik salam apatah lg!!

kdg2 bila pk, bangsa asing more responsible pd environment kn..!

sib hakim dh okey n selamat.. hope dia cpt2 sembuh n diberi kesihatan yg lebih baik lg..

kak, panic can't solved d prob ya, akak hv to face it n predict benda2mcm might be happen again coz demam hakim kuat sgt kann n hakim penah jadik camtuhh..
atleast if akak strong, mesti dpt fikir apa yg terbaik utk hakim..

tk care ye kak.. tk lama lg abg nk balik tuhh...!

HasneY said...

McDa thanks for the wishes...actually..panic tu memanglah..sometimes..it makes me fobia when face again with this matter. Alhamdulillah, semalam hakim dah mahu makan, cuma nak makan ubatjerk seksa sikit..kena paksa...kalau dulu senang gak mkn ubat..tp skrg ni..terlalu mengada2...Memanglahbanyak bersabar dngan nya. Sometimes I'm just ignore what he did.Ala perangai mengada2 dia la..Coz I think maybe what he did will satisfied himself. So let it be.

yea, I'm really sad about people surrounding just look n see. Entahlah..Akak redhan jerk dgn apa yang berlaku.

Intanaziela said...

sedih intan baca cerita hasney kali ni...hakim dah sembuh? semoga anak itu membesar dgn sihat..insyaaallah tak de apa2. Teruk betul la masyarakat kita sekarang ni kan..time emergency pun boleh buat tak tau...